Bayar hutang sampai mati

Anda mesti mempunyai pendapatan RM12 ribu sebulan untuk memiliki rumah teres pada tahun 2020

Mangsa bank cuai

Ibu tunggal dakwa teraniaya rumah bakal di lelong

Tolong bayar caj RM50

Institusi kewangan yang patut tanggung bukan pemilik kad kredit

HARTANAH RM15.2 JUTA DILELONG

Karnival lelongan awam melibatkan rumah

KELAYAKAN PINJAMAN LEBIH KETAT

Garis panduan baharu pembiayaan diumum Bank Negara

Wednesday, 11 July 2012

Tips Sebelum Membuat Cash Out Refinance





Setelah bertahun-tahun membayar ansuran pinjaman perumahan, maka baki hutang anda semakin berkurang. Sekiranya nilai rumah anda (harga pasaran terkini) melebihi baki hutang maka anda dikatakan mempunyai ekuiti iaitu perbezaan nilai harga rumah dengan baki hutang anda. Ekuiti anda akan bertambah lebih tinggi lagi sekiranya harga pasaran rumah anda naik. Walaubagaimanapun, ramai pemilik rumah tidak tahu cara untuk menggunakan ekuiti tersebut.
Sebenarnya ekuiti rumah anda boleh digunakan untuk pelbagai tujuan.  Cara untuk menggunakan asset anda adalah dengan cash out refinance di mana anda mendapat pinjaman baru dan menggunakan rumah anda sebagai cagaran. Kadar faedahnya sama seperti lebih rendah berbanding dengan pinjaman peribadi. Duit daripada cash out refinancing boleh digunakan untuk pelbagai tujuan:
·         menjelaskan hutang-hutang anda yang berfaedah tinggi seperti kad kredit
·         mengubahsuai rumah dan sekaligus menaikkan lagi nilai rumah anda
·         membiayai kos pendidikan anak-anak
·         membayar bil perubatan dan rawatan hospital
Berikut adalah beberapa tip yang penting semasa mendapat pinjaman perumahan ekuiti: 
Berjumpa dengan Beberapa Pegawai Bank
Setiap bank mempunyai kadar faedah dan syarat-syarat yang berlainan. Jadi dengan mengambil masa untuk membuat kajian dan perbandingan, anda mungkin dapat berjimat faedah berpuluh-puluh ribu ringgit. Tempat yang paling mudah untuk mendapat maklumat adalah melalui internet di mana anda boleh mendapat maklumat dengan cepat daripada beberapa peminjam. Pengetahuan daripada kajian anda boleh dijadikan panduan apabila anda berjumpa dan berunding dengan pegawai bank. Ataupun, satu cara lain adalah mendapat bantuan daripada penasihat pinjaman  perumahan yang mewakili banyak bank.
Membuat Pilihan yang Bijak
Sebelum anda meminjam dengan menggunakan ekuiti rumah, anda perlu tahu tentang risiko pinjaman tersebut. Ini kerana sekiranya anda tidak dapat membayar balik hutang anda, bank akan melelong rumah anda untuk mendapat balik hutang mereka! Jadi sebelum membuat keputusan, anda perlu yakin dapat membuat pembayaran ansuran bulanan yang ditetapkan.  Peminjam tidak digalakkan untuk meminjam atas ekuiti rumah untuk tujuan seperti pelancongan dan pembelian asset yang tidak diperlukan seperti kereta mewah dan sebagainya. Menggunakan dana tersebut untuk tujuan perniagaan pun ada risikonya. Sekiranya anda gagal dalam perniagaan, rumah anda akan dilelong.
Laporan Kredit (Credit Rating)
Sebelum anda meminjam, anda perlu periksa credit rating anda. Sekiranya credit rating anda tidak beberapa baik, anda dinasihatkan memperbaiki credit rating dulu sebelum memohon supaya kadar faedah anda rendah.

Kenapa perlu refinance rumah anda?

Terdapat banyak sebab mengapa pemilik rumah membuat keputusan untuk refinance. Antara sebab-sebab utama adalah;

Jimat Interest dan Duit
Oleh kerana amaun pinjaman yang terlibat besar dan tempoh pinjaman lama, penjimatan dua atau tiga peratus interest akan membawa kepada penjimatan wang yang banyak kepada peminjam. Sekiranya anda sekarang sedang membayar hutang pinjaman yang kadar faedahnya tinggi, maka anda perlu mempertimbang sama ada untuk refinance khasnya apabila kadar pinjaman perumahan rendah.

Menurunkan Ansuran Bulanan

Sekiranya anda dapat membuat refinance dengan pinjaman kadar faedah yang rendah, anda boleh mengurangkan ansuran bulanan. Ataupun anda boleh memilih untuk mengekalkan jumlah ansuran pinjaman setiap bulan tetapi memendekkan tempoh pinjaman.

Mengambil Kesempatan Skor Kredit Yang Lebih Baik

Walaupun dalam situasi kadar interest BLR masih tinggi, anda masih boleh refinance dengan kadar interest yang rendah. Ini kerana kemungkinan skor kredit anda bertambah baik sejak anda mendapat pinjaman dulu.

Membiayai Kos Pendidikan Anak-Anak

Apabila nilai rumah anda naik dan baki pinjaman anda telah berturun selepas bertahun-tahun membayar ansuran bulanan, ekuiti anda akan bertambah. Ekuti merujuk kepada bahagian nilai rumah anda yang dimiliki anda selepas membayar semua pinjaman perumahan. Akan tetapi ekuiti anda perlu ditukar kepada tunai sebelum ianya dapat digunakan. Cash-out refinance merupakan cara pemilik rumah boleh “menukar” ekuiti kepada tunai. Tunai tersebut boleh digunakan untuk pelbagai tujuan seperti membiayai kos pembelajaran anak-anak.

Membayar Hutang Kadar Faedah Tinggi

Salah satu penggunaan Cash Out Refinance adalah untuk tujuan menstruktur kembali hutang-hutang anda. Ini kerana pinjaman perumahan merupakan cara yang baik untuk membayar hutang-hutang lain yang interest tinggi seperti kad kredit. Kadar faedah untuk refinance adalah lebih rendah daripada pinjaman peribadi dan pinjaman lain. Setelah membayar hutang-hutang lain, anda hanya ada satu hutang sahaja iaitu hutang pinjaman perumahan. Oleh itu proses ini juga digelar debt consolidation (penggabungan semua hutang kepada satu hutang).