Bayar hutang sampai mati

Anda mesti mempunyai pendapatan RM12 ribu sebulan untuk memiliki rumah teres pada tahun 2020

Mangsa bank cuai

Ibu tunggal dakwa teraniaya rumah bakal di lelong

Tolong bayar caj RM50

Institusi kewangan yang patut tanggung bukan pemilik kad kredit

HARTANAH RM15.2 JUTA DILELONG

Karnival lelongan awam melibatkan rumah

KELAYAKAN PINJAMAN LEBIH KETAT

Garis panduan baharu pembiayaan diumum Bank Negara

Wednesday, 27 November 2013

Forex Halal Atau Haram?

FOREX bukan perjudian sekiranya kita mempunyai ilmu semasa menjalankan perniagaan ini di samping tidak lupa untuk berdoa kepada tuhan. Setelah kita mempelajari teknik-teknik, kita berusaha untuk memahaminya. Setelah kita berasa yakin, boleh lah mencuba menggunakan 'virtual money' semasa trading sebagai latihan. Jangan bimbang dengan keadaan market, bertawakal setelah membuat keputusan. Insya Allah kalau ada rezeki tak ke mana. Jika tiada ilmu, maka terjadilah forex seperti taruhan atau perjudian.

Prof. Drs. Masjfuk Zuhdi yang berjudul MASAIL FIQHIYAH; Dalam bukunya Kapita Selecta Hukum Islam, didapati bahawa Forex (Perdagangan Matawang Asing) diperbolehkan dalam hukum Islam.

Perdagangan matawang asing timbul kerana adanya perdagangan barang-barang keperluan/komoditi antara negara yang bersifat international. Perdagangan (Eksport-Import) ini tentu memerlukan alat pembayaran iaitu WANG yang mana setiap negara mempunyai ketentuan sendiri dan berbeza satu sama lainnya sesuai dengan penawaran dan permintaan di antara negara-negara tersebut sehingga timbul PERBANDINGAN NILAI MATA WANG antara negara.

Perbezaan nilai mata wang antara negara terkumpul dalam suatu BURSA atau PASAR yang bersifat antarabangsa dan terikat dalam suatu kesepakatan bersama yang saling menguntungkan.

Nilai mata wang sebuah negara dengan negara lainnya adalah berubah (berfluktuasi) setiap saat sesuai volume permintaan dan penawarannya. Adanya permintaan dan penawaran inilah yang menimbulkan transaksi mata wang. Secara jelasnya adalah tukar-menukar mata wang yang nilainya berbeza.

HUKUM ISLAM dalam TRANSAKSI MATAWANG ASING

1. Ada Ijab-Qobul: —> Ada perjanjian untuk memberi dan menerima

* Penjual menyerahkan barang dan pembeli membayar tunai.
* Ijab-Qobulnya dilakukan dengan lisan, tulisan dan utusan.
* Pembeli dan penjual mempunyai kewarasan penuh melaksanakan dan melakukan tindakan-tindakan hukum (dewasa dan berfikiran sihat)


2. Memenuhi syarat menjadi objek transaksi jual-beli iaitu:

* Suci barangnya (bukan najis)
* Dapat dimanfaatkan
* Dapat diserahterimakan
* Jelas barang dan harganya
* Dijual (dibeli) oleh pemiliknya sendiri atau
kuasanya atas izin pemiliknya
* Barang sudah berada ditangannya jika barangnya diperoleh dengan imbalan.


MAKSUD dalil yang mengatakan bahawa jual beli saham itu diperbolehkan dalam agama:

“Jangan kamu membeli ikan dalam air, kerana sesungguhnya jual beli yang demikian itu mengandungi penipuan”. (Hadis Ahmad bin Hambal dan Al Baihaqi dari Ibnu Mas’ud)

Jual beli barang yang tidak di tempat transaksi diperbolehkan dengan syarat harus diterangkan sifat-sifatnya atau ciri-cirinya. Kemudian jika barang sesuai dengan keterangan penjual, maka sahlah jual belinya.

Tetapi jika tidak sesuai maka pembeli mempunyai hak khiyar, ertinya boleh meneruskan atau membatalkan jual belinya. Hal ini sesuai dengan hadis Nabi riwayat Al Daraquthni dari Abu Hurairah yang bermaksud

“Barang siapa yang membeli sesuatu yang ia tidak melihatnya, maka ia berhak khiyar jika ia telah melihatnya”.

JUAL BELI MATAWANG ASING DAN SAHAM

Yang dimaksud dengan matawang asing adalah mata wang luar negeri seperti dolar Amerika, Poundsterling,Euro, Dollar Australia, Ringgit Malaysia dan sebagainya.

Apabila antara negara terjadi perdagangan international maka setiap negara memerlukan matawang asing sebagai alat pembayaran luar negeri yang dalam dunia perdagangan disebut devisa. Misalnya eksport Malaysia akan memperolehi pendapatan dari hasil eksportnya, sebaliknya import Malaysia memerlukan hasil untuk mengimport dari luar negeri.

Dengan demikian akan timbul penawaran dan permintaan di bursa matawang asing. Setiap negara haruslah menetapkan nilai wangnya masing-masing (nilai adalah perbandingan nilai wangnya terhadap mata wang asing) misalnya 1 dolar Amerika = RM 3.50. Namun perbandingan nilai tukar setiap saat boleh berubah-ubah, tergantung pada kekuatan ekonomi negara masing-masing.

Rasanya untuk lebih jelas lagi hayati soalan di bawah :

Soalan :

Terdapat beberapa kemusykilan yang saya ingin kemukakan.
Apakah hukumnya bagi pelabur yang melabur dalam pasaran wang pertukaran asing (FOREX)? Apakah syarat-syarat yang perlu dipenuhi sebelum melabur supaya pelaburan tersebut sah di sisi syarak?


Jawapan :

Perniagaan atau berjual beli di halalkan oleh Allah. Firman Allah s.w.t. ayat 275 surah al- Baqarah bermaksud "Allah menghalalkan jual beli (berniaga) dan mengharamkan riba" Pelaburan dalam institusi kewangan yang melibatkan riba, judi, penipuan adalah haram. Sekiranya FOREX tidak terlibat dalam perkara di atas, hukumnya halal.


Sumber : http://www.muftiselangor.gov.my/SoalJawabAgama/Muamalat/SoalJawabMuamalat19.htm

Friday, 19 July 2013

Tips Untuk Pembelian Tanah Lot



Jangan terburu-buru untuk membeli tanah, pelajari dan bandingkan harga tanah tersebut dengan harga tanah yang lain. Selidik harga semasa dikawasan tersebut dan juga kawasan keliling. Jangan membeli tanah dari orang tengah kerana biasanya mereka meletak denga harga yang tinggi.

Kalau boleh carilah tuan tanah sendiri yang ingin menjual tanah kerana harganya pasti lebih murah. Elakkan menggunakan ejen hartanah tidak berlesen (haram). Cari tanah dengan posisi yang strategik seperti dekat dengan sekolah atau pasar dan di tepi jalan besar. Semak dahulu geran dan tengok lokasi tanah. Pastikan no PT, Lot dan lain-lain perkara pada geran sama dengan lokasi tanah.

Periksa kelengkapan geran tanah tersebut adakah ia milik perseorangan atau milik berkumpulan. Jika penama terlalu ramai, maka prosesnya mungkin rumit sedikit. Periksa dengan pejabat tanah masing-masing adakah penama dan tanah tersebut benar-benar wujud agar kita tidak tertipu.

Jika menggunakan agen pastikan anda minta nombor telefon tuan tanah dan lebih baik berjumpa dengan tuan tanah.  Semak kad pengenalan tuan tanah dan pastikan ianya sama seperti dalam geran. Pilih tanah yang tidak mempunyai apa-apa sekatan. Perkataan ini biasanya tertulis pada geran.

Jika ada sekatan, prosedurnya akan menjadi rumit. Jadi kalau ada sekatan, tolong tolak awal-awal agar ia tidak menyusahkan kita dan akan melambatkan proses pembinaan rumah. Buat perjanjian jual beli dan pastikan matikan setem untuk menjaga kedu-dua pihak. Anda tak perlu ke pejabat lawyer cukup sekadar tulisan tangan (lebih baik taip) dan kedua-dua pihak memahami dan setuju terma dan syarat.

Thursday, 18 July 2013

Bekerja Sendiri Boleh Buat Pembiayaan Atau Tidak?


 
Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua yang berniaga bagi menyara kehidupan seharian. Sesungguhnya 9 dari 10 pintu rezeki datangnya dari perniagaan. Kebanyakan yang bertanya apa yang mereka perlu buat bagi memastikan peluang untuk mendapat pembiayaan tinggi.
Berikut adalah beberapa dokumen yang perlu disertakan bersama borang permohonan pembiayaan :

-1 salinan I/C
-1 daftar perniagaan
-6 bulan penyata bank akaun syarikat
-6 bulan penyata bank akaun peribadi (jika ada)
-akaun simpanan atau pelaburan contohnya ASB (jika ada)

Apa yang perlu dipastikan adalah baki akaun setiap bulan pada kadar semaksimum mungkin kerana pengiraan untuk pendapatan bulanan diambil daripada maklumat akaun tersebut.

Lawatan ke syarikat juga perlu dibuat oleh pihak bank bagi memastikan perjalanan perniagaan, jumlah kakitangan dan yang paling penting kewujudan syarikat tersebut.

Tetapi bagi yang beroperasi dari rumah jangan risau kerana yang paling penting adalah akaun syarikat yang kuat untuk diambil kira dalam kelulusan pembiayaan.

Saturday, 13 July 2013

Syarat Tambahan Pinjaman Bank oleh Bank Negara



Semua mungkin sudah sedia maklum bahawa mulai 7 Julai 2013 tempoh bagi pembiayaan rumah dan peribadi dikurangkan masing-masing kepada 35 tahun dan 10 tahun.

Seperti petikan dari akhbar Berita Harian.

Bank Negara mahu elak hutang isi rumah berlebihan, berkuat kuasa serta-mertaKuala Lumpur: Bank Negara Malaysia memperkenalkan syarat tambahan bagi pinjaman peribadi, kediaman dan bukan kediaman dalam usaha mengelakkan hutang isi rumah berlebihan dan meningkatkan amalan pemberian pinjaman bertanggungjawab oleh pemberi kredit utama.
Langkah ini dinyatakan melengkapkan langkah semenjak tahun 2010. Perangkaan hutang isi rumah yang meningkat membimbangkan Bank Negara. Langkah yang penting bagi melindungi ekonomi negara.


Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz dalam taklimat media berkata, meskipun paras hutang isu rumah sekarang disokong oleh persekitaran pekerjaan dan pendapatan yang positif, namun sejak kebelakangan ini semakin banyak pemberi kredit menawarkan produk kewangan yang tidak memberi manfaat jangka panjang kepada pengguna.

“Ini termasuk melanjutkan tempoh pembiayaan sehingga 45 tahun bagi pinjaman rumah dan 25 tahun bagi pinjaman peribadi. Walaupun ini akan mengurangkan bayaran balik bulanan, namun dalam jangka panjang, ia meningkatkan beban keseluruhan isi rumah.

Takaful / Insurans Kebakaran Rumah

 
Rumah merupakan salah satu struktur pelaburan terpenting lebih lagi apabila pembelian rumah untuk kediaman sendiri. Jadi perlu diingat perlindungan daripada kebakaran amat penting bagi menjaga kepentingan pelaburan. Kebakaran akibat litar pintas ataupun kebocoran gas amat membimbangkan. Ketahuilah bahawa semua bank mewajibkan perlindungan daripada kebakaran.

Jika rumah Atas Tanah (landed property) pihak pemaju tidak akan menghiraukan perlindungan kebakaran tetapi bagi rumah Flat/Apartment/Condo selalunya mereka akan masukkan didalam yuran maintainance malahan mereka ada juga mewajibkan. Barang diingat bahawa pihak bank juga ada menyediakan perlindungan kebakaran. Jadi sebenarnya pihak pemilik kediaman sepatutnya diberi pilihan untuk perlindungan yang mereka mahukan.

Asalkan kediaman anda mempunyai perlindungan daripada kebakaran kerana malang tidak berbau

Thursday, 20 June 2013

Prosedur Jika Beli Rumah Terus dari Pemilik


 
 
Melalui pengalaman mengendalikan pembiayaan ramai juga penggguna yang beli direct dari owner tetapi tidak berapa pasti apa yang patut disediakan kepada bank.

Jika beli rumah tidak melalui agen hartanah kadang kala lebih memuaskan hati berbanding ada orang tengah yang menguruskan pembelian. Anda tidak perlu menghadiri atau lulus apa-apa peperiksaan untuk proses ini.

Pertama berbincang dengan tuan rumah berkenaan harga jualan rumah tersebut dan pastikan anda membuat sedikit pemeriksaan samaada harga yang dijual memadai dengan harga hartanah semasa. Boleh merujuk kepada mana-mana bank terlebih dahulu sebelum bersetuju dengan harga tersebut

Kedua dapatkan salinan Perjanjian Jual Beli & Geran Tanah tersebut. Setelah persetujuan dicapai maka semua pembeli dan penjual dikehendaki menandatangani sebuah surat Persetujuan Utk Menjual (surat biasa)

Ketiga bawa semua dokumen tersebut ke bank untuk di proses penilaian kredit.

Friday, 14 June 2013

Proses Pengurusan Harta Pusaka Selepas Kematian


Kebanyakkan daripada kita selalu memikirkan untuk membuat yang terbaik kepada keluarga. Kita bekerja keras kemudian mengumpul harta tidak kira dari segi hartanah ataupun wang ringgit.

Tetapi ramai yang lupa tentang Pengurusan Wasiat yang akan banyak membantu waris terutamanya isteri dan anak-anak apabila kita meninggal dunia. Pengeluaran atau urusan bagi waris untuk mendapatkan hak selepas kematian melibatkan beberapa proses yang merumitkan dan memerlukan masa yang panjang untuk dituntut.

Prosesnya adalah seperti yang tertera :

1 Waris mengemukakan permohonan menggunakan Borang A berserta dokumen sokongan kepada Pejabat Tanah (Bahagian Harta Pusaka Kecil) di daerah di mana letaknya tanah.

2 Permohonan disemak, dan didaftarkan.

3 Permohonan dihantar ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk pengesahan dan ke Pejabat Kadi untuk mendapatkan Fatwa (jika simati orang Islam) mengenai pembahagian harta pusaka simati.

4 Setelah mendapat pengesahan dari Mahkamah Tinggi bahawa tidak ada permohonan lain dikemukakan bagi pembahagian pusaka simati, di tempat lain, dan setelah diperolehi Fatwa dari Pejabat Kadi, fail dihantar ke Pejabat Pusaka Kecil bagi tindakan perbicaraan.

5 Ketua Penolong Pengarah Pusaka Kecil menetapkan tarikh perbicaraan.

6 Perbicaraan dijalankan di tempat dan tarikh yang ditetapkan.

7 Sekiranya tidak ada perbalahan, Perintah mengenai pembahagian pusaka dikeluarkan dan dihantar ke Pejabat Tanah untuk diendos pada Hakmilik.

8 Sekiranya timbul perbalahan, perbicaraan ditangguh atau seorang Pentadbir dilantik dari kalangan waris untuk menyelesaikannya.

9 Ulang bicara dijalankan setelah tercapai persetujuan dikalangan waris-waris.

10 Bagi Kes yang tidak ada perbalahan, Penolong Pentadbir Tanah Daerah (PPTD) menerima dan menyemak perintah dan minta pemohon membuat pembayaran.

11 Pentadbir Tanah Daerah membuat endosmen mengikut pembahagian yang ditetapkan dalam Perintah.

12 Dokumen Hakmilik dikembalikan kepada waris setelah selesai pendaftaran.

13 Sekiranya terdapat harta bergerak seperti kenderaan, waris mengemukakan Perintah kepada pihak yang berkuasa untuk menukar nama pemilikan kepada waris yang ditetapkan dalam Perintah.

Wednesday, 12 June 2013

Penting Untuk Pastikan Penilaian Hartanah Sebelum Beli

 
 
Hari ini saya didatangi oleh sepasang suami isteri yang belum memliliki rumah. Ia merupakan sebuah apartment di kawasan Bangi. Setelah diperiksa penilaian hartanah berkenaan kurang daripada harga jual.

Jadi apabila diberitahu bahawa mereka akan membeli sebuah rumah 4 kali ganda lebih mahal daripada harga sebenar. Pengesahan juga diperoleh dari pemilik rumah bahawa pembeli bersetuju untuk membeli walaupun dengan harga 4 kali ganda lebih tinggi.

Secara peribadi pada pendapat saya adalah tidak wajar untuk pembeli membeli dengan jumlah harga beli yang terlampau tinggi daripada penilaian semasa. Agen hartanah dibenarkan mengambil fee charge 3-5% sahaja daripada harga beli.

Dalam ertikata lain pembeli hanya akan mendapat balik modal pembelian selepas beberapa tahun akibat keuntungan 4 kali ganda yang telah di persetujui.

Pembeli menolak utk membatalkan pembelian kerana deposit yang banyak telah diberikan kepada penjual. Jadi adalah amat penting bagi setiap pembeli untuk memastikan harga semasa hartanah sekurang kurangnya sama dengan harga jual.

Kami di Bank Islam memberikan khidmat untuk penilaian hartanah lisan secara PERCUMA !!!

Hubungi saya jika anda perlu bantuan.

Saturday, 23 February 2013

Projek PRIMA 2013 di Cyberjaya

Perbadanan Pengurusan Prima Sdn Bhd telah mengumumkan projek terbarunya di Cyberjaya yang dijangka akan mula dilancarkan pada suku ketiga 2013. Prima 12 akan dibina diatas tanah Freehold berkeluasan tiga ekar dengan nilai pembangunan dianggar RM 180 million.

Dijangka mempunyai 3 blok perniagaan dan 1 blok kediaman. Mempunyai 60 unit rumah lengkap dengan perabot akan dibina dengan saiz 500-700 kps dan berharga antara RM600- RM700 untuk setiap kaki persegi.

Projek akan ditempatkan di Jalan Teknokrat 6 berdekatan Persiaran APEC. Prima 12 menyasarkan pemohon yang berkerja di sekitar Putrajaya dan Cyberjaya.

Jika nak dibandingkan dengan hartanah yang berada di Jalan Teknokrat 6, Primera Suite mempunyai 82 unit untuk disewa. Harga sewa semalaman untuk Primera Suite adalah antara RM188 dan RM350.

Exsim Menapak Di Bukit Jalil


Menilai daripada produk terbaru Exsim Development Sdn Bhd. Bangunan 33 - 34 tingkat Twin Arkz @ Bukit Jalil dibahagian selatan Kuala Lumpur ia melambangkan pertumbuhan pesat pembangunan kawasan perumahan bertaraf tinggi di kawasan berkenaan.

Projek yang dilancarkan 8 Sept 2012 kini telah 70% daripada unit yang ditawarkan telah dihabis dijual. Jenis bangunan yang ditawarkan adalah Apartment Servis.

Harga dijual antara RM575,000 hingga RM600,400 untuk unit berkeluasan 721 kps. Harga semasa (Market Value) kawasan sekitar Puncak Jalil dan Puchong mendapat kesan yang positif dalam masa mendatang.

Sunday, 27 January 2013

MRT Sudahkah Anda Ambil Peluang Sebelum Terlambat?


Umum telah tahu bahawa kerajaan telah pun melancarkan pembinaan projek MRT yang menjangkakan impak yang besar kepada ekonomi negara. Pembinaan MRT akan memberi menafaat yang besar kepada sektor perumahan juga. Harga rumah memang dijangka meningkat berkali ganda setelah MRT beroperasi.
Sebagai pelabur atau pun pengguna yang bijak ini adalah masanya untuk kita menoleh kepada hartanah lelong yang berdekatan laluan MRT ini kerana ada banyak hartanah yang harganya diletakkan dibawah paras harga semasa yang sebenar.
Keadaan persekitaran hartanah di negara ini masih dalam keadaan terkawal berikutan langkah bijak Bank Negara Malaysia menetapkan pengurangan pembiayaan oleh bank untuk pembelian rumah
ke-3 ini bertujuan mengelakkan monopoli oleh pelabur hartanah.
Persekitaran jual beli hartanah di negara kita adalah sihat dan dijangka meningkat berkali ganda setelah selesai pembinaan semua projek mega yang dirancang oleh kerajaan.

Friday, 25 January 2013

Harga Semasa Rumah




Dah ramai yang merungut, harga rumah semakin melambung tinggi padahal perumahan pun keperluan asas rakyat Malaysia juga. Tetapi….tetapi ramai yang meramalkan harga rumah 2012 bakal jatuh merudum.

Jatuh harga rumah? Betulkah akan jatuh? Kalau yang jatuh daripada harga RM3.5 juta kepada RM1.5 juta pun masih ramai lagi yang belum mampu untuk membelinya. Yang mana ada perancangan untuk beli rumah tahun 2012 dan mengharapkan harga rumah secara keseluruhannya akan jatuh, diharap janganlah meletakkan harapan terlalu tinggi.
 
Bagi kami, harga rumah yang akan jatuh pada tahun 2012 ini, kami jangkakan harga rumah bawah RM400,000, RM300,000 masih tidak akan terjejas. Kalau dahulu, pemaju banyak fokus kepada super-super kondo untuk menjana keuntungan besar dengan lebih cepat, sekarang ini permintaan dilihat lebih banyak beralih kepada rumah-rumah sekitar RM400,000
 
Cuma, contoh seperti yang kami katakan tadi, harga rumah-rumah super kondo & rumah-rumah mewah yang bernilai RM1 juta akan menurun sekitar 20, 30% menjadi RM700,000. Berapa ramai rakyat Malaysia yang pendapatan biasa-biasa sahaja utnuk memiliki rumah yang harganya luar biasa? Masih lagi harganya jauh diluar kemampuan majoriti rakyat biasa.

Thursday, 24 January 2013

Prospek Ekonomi Malaysia 2013



KUALA LUMPUR - Prospek ekonomi Malaysia dijangka kekal stabil tahun depan, dengan disokong oleh penggunaan domestik dan pelaburan yang kukuh, kata wakil Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF), Rodrigo Cubero, hari ini.
"Kami menjangkakan permintaan domestik yang kukuh di Malaysia tahun depan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah bertajuk "Ekonomi Global dan Asia Pasifik: Prospek dan Risiko" di Universiti Malaya di sini hari ini.
Kerajaan telah menegaskan bahawa Malaysia dijangka mencapai pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) setahun penuh sebanyak sekurang-kurangnya lima peratus atau lebih baik, sejajar dengan prestasi ekonomi yang positif dalam tiga suku pertama 2012.
Ekonomi berkembang sebanyak 5.2 peratus dalam suku ketiga 2012 yang dipacu oleh permintaan domestik meskipun permintaan luar negara semakin lembap.
Peningkatan permintaan domestik disokong oleh perbelanjaan sektor swasta manakala kelembapan ekonomi global telah menyebabkan penyederhanaan permintaan luar negara.
Ditanya tentang rakan dagang terbesar Malaysia, Cubero berkata China dijangka berkembang dengan teguh pada kadar pertumbuhan yang sangat tinggi dan ini akan memberi kesan kepada Malaysia.
"Sekarang China adalah peserta penting dalam ekonomi global dan Asia. China telah menyaksikan kelembapan pertumbuhan ekonominya tetapi tetap berkembang pada kadar yang sangat tinggi.
"Ia lembap dalam enam bulan pertama tahun ini tetapi sekarang semakin stabil," tegasnya.
Sebelum itu, dalam pembentangannya, Cubero berkata prospek ekonomi dunia berkemungkinan berada dalam lingkungan lemah dan tidak menentu dengan unjuran pertumbuhan KDNK sebanyak 3.6 peratus.
"Pemulihan beransur-ansur kukuh tetapi ada risiko menyusut yang besar," kata beliau.
Cabaran-cabaran global termasuklah krisis zon euro, pasaran-pasaran sedang muncul yang semakin lembap dan kesan pertumbuhan pelarasan fiskal dalam keadaan kewangan yang sukar, kata beliau.

Wednesday, 23 January 2013

Dokumen Diperlukan





Dokumen yg diperlukan hanya:
 
1. Salinan ic (depan & belakang)
 
2. Surat pengesahan majikan terkini (asal)
 
3. 3 bulan slip gaji terkini
 
4. Penyata EPF / EA terkini
 
5. Penyata bank gaji 3 bulan

Ringkasan Produk Pembiayaan Peribadi


 
 

PEMBIAYAAN PERIBADI-I KHAS UNTUK
 
PAKEJ

 
1. AMAUN PEMBIAYAAN YANG LEBIH TINGGI
 
· Sehingga RM 200,000.00*
 
2. KADAR KOMPETITIF
 
· Dari serendah 2.36%*
 
3. ANSURAN BULANAN TETAP
 
· Serendah RM 87.66
 
4. TEMPOH PEMBIAYAAN YANG PANJANG
 
· Sehingga 15 tahun
 
5. PEMBIAYAAN TANPA PENJAMIN
 
6. GAJI MINIMA RM2,000.00

Dokumen Diperlukan




DOKUMEN-DOKUMEN YANG PERLU DI SEDIAKAN SEMASA

MEMOHON PINJAMAN PERUMAHAN BANK ISLAM:
Dokumen yang di perlukan

[untuk kakitangan kerajaan,badan berkanun & swasta]
Dokumen Yang Diperlukan
(Kakitangan Kerajaan & Swasta) :

( √ )
 
X
Salinan I/C – (depan & belakang)
X
Slip gaji 3 bulan yang terkini
X
Borang EA / J / EPF yang terkini
X
Surat pengesahan daripada Majikan (Original)
X
Bank Statement kemasukan gaji (3 bulan)
*
Sales & Purchase Agreement (S & P) – *Refinancing / Sub-sale
*
Salinan Geran (Copy of Title) - *Refinancing / Sub-sale / Purchase
From Developer

Penyata tebus hutang dari Bank terdahulu - *Refinancing

Surat Perjanjian Jual Beli Rumah / Draft S & P / Booking Receipt
from agent– *Sub-sale
*
Booking Receipt dari Pemaju - *Purchase From Developer
*
Letter to Purchase dari Pemaju - * Purchase From Developer

Site visit picture of property *Refinancing / Sub-sale

Salinan Dokumen personal asset (e.g : ASB, Unit Trust, FD, Tabung Haji, etc), if any

Ringkasan Produk Perumahan







PEMBIAYAAN PERUMAHAN BANK ISLAM &

 PEMBIAYAAN SEMULA RUMAH BANK ISLAM

Serendah
 
*BFR – 2.5%

*tertakluk kepada syarat dan peraturan

ANDA INGIN MEMBEBASKAN DIRI DARI RIBA??

SANGGUPKAH ANDA MEMBELANJAKAN WANG BERUNSURKAN RIBA UNTUK

KELUARGA ANDA?ANDA INGIN MENYELESAIKAN SEMUA PEMBIAYAAN ANDA

BERLANDASKAN SYARIAH?

Kami ada caranya...



1.BERLANDASKAN SYARIAH SEPENUHNYA

2.PENGECUALIAN ANSURAN(PAYMENT HOLIDAY)*
·

Pilihan kemudahan “rehat” bayaran untuk 2 bulan ansuran(payment holiday) setiap tahun
[bulan November & Disember]
·Tiada bayaran dalam tempoh pembinaan(untuk projek terpilih)



3.MARGIN PEMBIAYAAN*
·Sehingga 90% nilai harta pasaran/SPA*
·Pelan takaful gadai janji(MRTT),takaful pemilik rumah kediaman jangka panjang(LTHT),yuran guaman,duti setem & laporan penilaian hartanah boleh dibiayai



4.KAEDAH PEMBAYARAN FLEKSIBEL
·Ansuran bulanan tetap atau berperingkat


5.TEMPOH PEMBIAYAAN SEHINGGA 40 TAHUN*

6.KADAR KEUNTUNGAN YANG KOMPETITIF

7.DISKAUN 20% KE ATAS DUTI SETEM UNTUK SEKURITI DOKUMENTASI BANK

·Terms & conditions apply

Wednesday, 16 January 2013

Harga Emas Dijangka Meningkat Lagi

15 Januari 2013



SINGAPURA - Permintaan untuk emas mungkin akan meningkat dengan dunia kini bergerak ke arah sistem rizab pelbagai mata wang berikutan ketidakpastian kestabilan dolar dan euro, demikian menurut analisis aset pegawai utama yang diadakan oleh bank-bank pusat dan dana kedaulatan di sini.

Ini adalah rumusan analisis sistem monetari dunia oleh Forum Institusi Monetari dan Kewangan Rasmi (OMFIF) dalam satu laporan yang diadakan oleh Majlis Emas Dunia, iaitu badan pembangunan pasaran industri emas.

Dirangsang oleh kehendak China untuk meningkatkan pengaruh kewangannya, renminbi China mungkin muncul secara berperingkat sebagai mata wang antarabangsa tulen dengan Beijing mengurangkan hadnya ke atas penggunaan transaksi dan pelaburan keluar negara.

Dalam tempoh akan datang berhubung ketidakpastian dan transisi antara mata wang rizab yang berbeza, para pengurus aset bank pusat rasmi seluruh dunia mungkin meningkatkan minat masing-masing terhadap emas ekoran keraguan mengenai kekuatan keseluruhan pengaturan monetari global, kata laporan itu.

Laporan OMFIF itu meninjau kepastian pengurusan aset berhubung pengagihan kuasa ekonomi global. - Bernama

Monday, 14 January 2013

Hubungi Kami

 
 
 
Hubungi saya bila-bila masa dan sila tinggalkan SMS
jika panggilan anda tidak dijawab
Kami akan hubungi anda semula





Add Page Facebook urus wang ringgit














Whatsapp/Sms/Call : 019- 278 7651














Blackberry Pin : 2688D219

Sunday, 13 January 2013

Siapa Kami


Selamat Datang ke uruswangringgit.blogspot besar harapan kami agar anda dapat menafaat apabila anda singgah di sini. uruswangringgit.blogspot diwujudkan bertujuan merapatkan hubungan admin dengan pelanggan-pelanggan yang pernah mendapat pembiayaan melalui admin.



uruswangringgit.blogspot diuruskan oleh saya Rifaie Faiz yang berkhidmat di Bank Islam cawangan Bdr Baru Bangi sebagai Pengurus Perniagaan. Mempunyai pengalaman dengan beberapa bank termasuk CIMB dan RHB Bank. Berdaftar bersama institusi yang berurusan dalam saham amanah, insurans dan juga takaful.



Sila hubungi untuk apa-apa khidmat nasihat secara PERCUMA. Semua pertanyaan berkenaan kewangan anda. Ia boleh jadi Refinance Rumah, Jual/Beli Rumah, Pembiayaan Rumah, Pembiayaan Peribadi dan Kad Kredit.

Hubungi saya bila-bila masa dan sila tinggalkan SMS jika panggilan anda tidak dijawab. Kami akan hubungi anda semula :





Add Page Facebook  urus wang ringgit 













Emel kepada : 
rifaie@bankislam.com.my
rifaie.rashid@hotmail.com









Whatsapp/Sms/Call : 019- 278 7651













Blackberry Pin : 2688D219 

Saturday, 12 January 2013

Skim Rumah Pertamaku (SRP) 2013





Bermula Januari 2013 berdasarkan pembentangan Budget 2013 syarat kelayakan untuk Skim Rumah Pertamaku (SRP) telah diubah untuk memastikan lebih ramai rakyat Malaysia yang mampu memiliki rumah kediaman pertama mereka. Ini termasuklah kenaikan untuk kelayakan pendapatan bulanan dari RM3,000 hingga RM5,000 atau permohonan bersama sehingga RM10,000 sebulan (tertakluk kepada maksimum pendapatan seorang peminjam tidak melebihi RM5,000 sebulan).

Bersama dengan itu juga syarat mempunyai simpanan bersamaan dengan 3 bulan bayaran bulanan dan syarat berkerja minimum 6 bulan telah dihapuskan. Skim ini membenarkan peminjam untuk mendapat 100% pinjaman daripada bank yang mengambil bahagian. Asasnya 10% bayaran pendahuluan itu dijamin oleh Cagamas SRP Berhad (CSRP) untuk skim ini.

Bank Islam adalah bank yang menyertai program ini.

Sejarah Perkembangan BLR/BFR di Malaysia



Base Financing Rate (BFR) istilah yang digunakan untuk pembiayaan oleh perbankan Islam. Manakala Base Lending Rate (BLR) adalah istilah yang digunakan oleh perbankan konventional. Digram dibawah memberi gambaran jelas berkenaan naik turun bermula tahun 1995