Friday, 14 June 2013

Proses Pengurusan Harta Pusaka Selepas Kematian


Kebanyakkan daripada kita selalu memikirkan untuk membuat yang terbaik kepada keluarga. Kita bekerja keras kemudian mengumpul harta tidak kira dari segi hartanah ataupun wang ringgit.

Tetapi ramai yang lupa tentang Pengurusan Wasiat yang akan banyak membantu waris terutamanya isteri dan anak-anak apabila kita meninggal dunia. Pengeluaran atau urusan bagi waris untuk mendapatkan hak selepas kematian melibatkan beberapa proses yang merumitkan dan memerlukan masa yang panjang untuk dituntut.

Prosesnya adalah seperti yang tertera :

1 Waris mengemukakan permohonan menggunakan Borang A berserta dokumen sokongan kepada Pejabat Tanah (Bahagian Harta Pusaka Kecil) di daerah di mana letaknya tanah.

2 Permohonan disemak, dan didaftarkan.

3 Permohonan dihantar ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk pengesahan dan ke Pejabat Kadi untuk mendapatkan Fatwa (jika simati orang Islam) mengenai pembahagian harta pusaka simati.

4 Setelah mendapat pengesahan dari Mahkamah Tinggi bahawa tidak ada permohonan lain dikemukakan bagi pembahagian pusaka simati, di tempat lain, dan setelah diperolehi Fatwa dari Pejabat Kadi, fail dihantar ke Pejabat Pusaka Kecil bagi tindakan perbicaraan.

5 Ketua Penolong Pengarah Pusaka Kecil menetapkan tarikh perbicaraan.

6 Perbicaraan dijalankan di tempat dan tarikh yang ditetapkan.

7 Sekiranya tidak ada perbalahan, Perintah mengenai pembahagian pusaka dikeluarkan dan dihantar ke Pejabat Tanah untuk diendos pada Hakmilik.

8 Sekiranya timbul perbalahan, perbicaraan ditangguh atau seorang Pentadbir dilantik dari kalangan waris untuk menyelesaikannya.

9 Ulang bicara dijalankan setelah tercapai persetujuan dikalangan waris-waris.

10 Bagi Kes yang tidak ada perbalahan, Penolong Pentadbir Tanah Daerah (PPTD) menerima dan menyemak perintah dan minta pemohon membuat pembayaran.

11 Pentadbir Tanah Daerah membuat endosmen mengikut pembahagian yang ditetapkan dalam Perintah.

12 Dokumen Hakmilik dikembalikan kepada waris setelah selesai pendaftaran.

13 Sekiranya terdapat harta bergerak seperti kenderaan, waris mengemukakan Perintah kepada pihak yang berkuasa untuk menukar nama pemilikan kepada waris yang ditetapkan dalam Perintah.

0 comments:

Post a Comment