Bayar hutang sampai mati

Anda mesti mempunyai pendapatan RM12 ribu sebulan untuk memiliki rumah teres pada tahun 2020

Mangsa bank cuai

Ibu tunggal dakwa teraniaya rumah bakal di lelong

Tolong bayar caj RM50

Institusi kewangan yang patut tanggung bukan pemilik kad kredit

HARTANAH RM15.2 JUTA DILELONG

Karnival lelongan awam melibatkan rumah

KELAYAKAN PINJAMAN LEBIH KETAT

Garis panduan baharu pembiayaan diumum Bank Negara

Friday, 19 July 2013

Tips Untuk Pembelian Tanah Lot



Jangan terburu-buru untuk membeli tanah, pelajari dan bandingkan harga tanah tersebut dengan harga tanah yang lain. Selidik harga semasa dikawasan tersebut dan juga kawasan keliling. Jangan membeli tanah dari orang tengah kerana biasanya mereka meletak denga harga yang tinggi.

Kalau boleh carilah tuan tanah sendiri yang ingin menjual tanah kerana harganya pasti lebih murah. Elakkan menggunakan ejen hartanah tidak berlesen (haram). Cari tanah dengan posisi yang strategik seperti dekat dengan sekolah atau pasar dan di tepi jalan besar. Semak dahulu geran dan tengok lokasi tanah. Pastikan no PT, Lot dan lain-lain perkara pada geran sama dengan lokasi tanah.

Periksa kelengkapan geran tanah tersebut adakah ia milik perseorangan atau milik berkumpulan. Jika penama terlalu ramai, maka prosesnya mungkin rumit sedikit. Periksa dengan pejabat tanah masing-masing adakah penama dan tanah tersebut benar-benar wujud agar kita tidak tertipu.

Jika menggunakan agen pastikan anda minta nombor telefon tuan tanah dan lebih baik berjumpa dengan tuan tanah.  Semak kad pengenalan tuan tanah dan pastikan ianya sama seperti dalam geran. Pilih tanah yang tidak mempunyai apa-apa sekatan. Perkataan ini biasanya tertulis pada geran.

Jika ada sekatan, prosedurnya akan menjadi rumit. Jadi kalau ada sekatan, tolong tolak awal-awal agar ia tidak menyusahkan kita dan akan melambatkan proses pembinaan rumah. Buat perjanjian jual beli dan pastikan matikan setem untuk menjaga kedu-dua pihak. Anda tak perlu ke pejabat lawyer cukup sekadar tulisan tangan (lebih baik taip) dan kedua-dua pihak memahami dan setuju terma dan syarat.

Thursday, 18 July 2013

Bekerja Sendiri Boleh Buat Pembiayaan Atau Tidak?


 
Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua yang berniaga bagi menyara kehidupan seharian. Sesungguhnya 9 dari 10 pintu rezeki datangnya dari perniagaan. Kebanyakan yang bertanya apa yang mereka perlu buat bagi memastikan peluang untuk mendapat pembiayaan tinggi.
Berikut adalah beberapa dokumen yang perlu disertakan bersama borang permohonan pembiayaan :

-1 salinan I/C
-1 daftar perniagaan
-6 bulan penyata bank akaun syarikat
-6 bulan penyata bank akaun peribadi (jika ada)
-akaun simpanan atau pelaburan contohnya ASB (jika ada)

Apa yang perlu dipastikan adalah baki akaun setiap bulan pada kadar semaksimum mungkin kerana pengiraan untuk pendapatan bulanan diambil daripada maklumat akaun tersebut.

Lawatan ke syarikat juga perlu dibuat oleh pihak bank bagi memastikan perjalanan perniagaan, jumlah kakitangan dan yang paling penting kewujudan syarikat tersebut.

Tetapi bagi yang beroperasi dari rumah jangan risau kerana yang paling penting adalah akaun syarikat yang kuat untuk diambil kira dalam kelulusan pembiayaan.

Saturday, 13 July 2013

Syarat Tambahan Pinjaman Bank oleh Bank Negara



Semua mungkin sudah sedia maklum bahawa mulai 7 Julai 2013 tempoh bagi pembiayaan rumah dan peribadi dikurangkan masing-masing kepada 35 tahun dan 10 tahun.

Seperti petikan dari akhbar Berita Harian.

Bank Negara mahu elak hutang isi rumah berlebihan, berkuat kuasa serta-mertaKuala Lumpur: Bank Negara Malaysia memperkenalkan syarat tambahan bagi pinjaman peribadi, kediaman dan bukan kediaman dalam usaha mengelakkan hutang isi rumah berlebihan dan meningkatkan amalan pemberian pinjaman bertanggungjawab oleh pemberi kredit utama.
Langkah ini dinyatakan melengkapkan langkah semenjak tahun 2010. Perangkaan hutang isi rumah yang meningkat membimbangkan Bank Negara. Langkah yang penting bagi melindungi ekonomi negara.


Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz dalam taklimat media berkata, meskipun paras hutang isu rumah sekarang disokong oleh persekitaran pekerjaan dan pendapatan yang positif, namun sejak kebelakangan ini semakin banyak pemberi kredit menawarkan produk kewangan yang tidak memberi manfaat jangka panjang kepada pengguna.

“Ini termasuk melanjutkan tempoh pembiayaan sehingga 45 tahun bagi pinjaman rumah dan 25 tahun bagi pinjaman peribadi. Walaupun ini akan mengurangkan bayaran balik bulanan, namun dalam jangka panjang, ia meningkatkan beban keseluruhan isi rumah.

Takaful / Insurans Kebakaran Rumah

 
Rumah merupakan salah satu struktur pelaburan terpenting lebih lagi apabila pembelian rumah untuk kediaman sendiri. Jadi perlu diingat perlindungan daripada kebakaran amat penting bagi menjaga kepentingan pelaburan. Kebakaran akibat litar pintas ataupun kebocoran gas amat membimbangkan. Ketahuilah bahawa semua bank mewajibkan perlindungan daripada kebakaran.

Jika rumah Atas Tanah (landed property) pihak pemaju tidak akan menghiraukan perlindungan kebakaran tetapi bagi rumah Flat/Apartment/Condo selalunya mereka akan masukkan didalam yuran maintainance malahan mereka ada juga mewajibkan. Barang diingat bahawa pihak bank juga ada menyediakan perlindungan kebakaran. Jadi sebenarnya pihak pemilik kediaman sepatutnya diberi pilihan untuk perlindungan yang mereka mahukan.

Asalkan kediaman anda mempunyai perlindungan daripada kebakaran kerana malang tidak berbau