Wednesday, 27 November 2013

Forex Halal Atau Haram?

FOREX bukan perjudian sekiranya kita mempunyai ilmu semasa menjalankan perniagaan ini di samping tidak lupa untuk berdoa kepada tuhan. Setelah kita mempelajari teknik-teknik, kita berusaha untuk memahaminya. Setelah kita berasa yakin, boleh lah mencuba menggunakan 'virtual money' semasa trading sebagai latihan. Jangan bimbang dengan keadaan market, bertawakal setelah membuat keputusan. Insya Allah kalau ada rezeki tak ke mana. Jika tiada ilmu, maka terjadilah forex seperti taruhan atau perjudian.

Prof. Drs. Masjfuk Zuhdi yang berjudul MASAIL FIQHIYAH; Dalam bukunya Kapita Selecta Hukum Islam, didapati bahawa Forex (Perdagangan Matawang Asing) diperbolehkan dalam hukum Islam.

Perdagangan matawang asing timbul kerana adanya perdagangan barang-barang keperluan/komoditi antara negara yang bersifat international. Perdagangan (Eksport-Import) ini tentu memerlukan alat pembayaran iaitu WANG yang mana setiap negara mempunyai ketentuan sendiri dan berbeza satu sama lainnya sesuai dengan penawaran dan permintaan di antara negara-negara tersebut sehingga timbul PERBANDINGAN NILAI MATA WANG antara negara.

Perbezaan nilai mata wang antara negara terkumpul dalam suatu BURSA atau PASAR yang bersifat antarabangsa dan terikat dalam suatu kesepakatan bersama yang saling menguntungkan.

Nilai mata wang sebuah negara dengan negara lainnya adalah berubah (berfluktuasi) setiap saat sesuai volume permintaan dan penawarannya. Adanya permintaan dan penawaran inilah yang menimbulkan transaksi mata wang. Secara jelasnya adalah tukar-menukar mata wang yang nilainya berbeza.

HUKUM ISLAM dalam TRANSAKSI MATAWANG ASING

1. Ada Ijab-Qobul: —> Ada perjanjian untuk memberi dan menerima

* Penjual menyerahkan barang dan pembeli membayar tunai.
* Ijab-Qobulnya dilakukan dengan lisan, tulisan dan utusan.
* Pembeli dan penjual mempunyai kewarasan penuh melaksanakan dan melakukan tindakan-tindakan hukum (dewasa dan berfikiran sihat)


2. Memenuhi syarat menjadi objek transaksi jual-beli iaitu:

* Suci barangnya (bukan najis)
* Dapat dimanfaatkan
* Dapat diserahterimakan
* Jelas barang dan harganya
* Dijual (dibeli) oleh pemiliknya sendiri atau
kuasanya atas izin pemiliknya
* Barang sudah berada ditangannya jika barangnya diperoleh dengan imbalan.


MAKSUD dalil yang mengatakan bahawa jual beli saham itu diperbolehkan dalam agama:

“Jangan kamu membeli ikan dalam air, kerana sesungguhnya jual beli yang demikian itu mengandungi penipuan”. (Hadis Ahmad bin Hambal dan Al Baihaqi dari Ibnu Mas’ud)

Jual beli barang yang tidak di tempat transaksi diperbolehkan dengan syarat harus diterangkan sifat-sifatnya atau ciri-cirinya. Kemudian jika barang sesuai dengan keterangan penjual, maka sahlah jual belinya.

Tetapi jika tidak sesuai maka pembeli mempunyai hak khiyar, ertinya boleh meneruskan atau membatalkan jual belinya. Hal ini sesuai dengan hadis Nabi riwayat Al Daraquthni dari Abu Hurairah yang bermaksud

“Barang siapa yang membeli sesuatu yang ia tidak melihatnya, maka ia berhak khiyar jika ia telah melihatnya”.

JUAL BELI MATAWANG ASING DAN SAHAM

Yang dimaksud dengan matawang asing adalah mata wang luar negeri seperti dolar Amerika, Poundsterling,Euro, Dollar Australia, Ringgit Malaysia dan sebagainya.

Apabila antara negara terjadi perdagangan international maka setiap negara memerlukan matawang asing sebagai alat pembayaran luar negeri yang dalam dunia perdagangan disebut devisa. Misalnya eksport Malaysia akan memperolehi pendapatan dari hasil eksportnya, sebaliknya import Malaysia memerlukan hasil untuk mengimport dari luar negeri.

Dengan demikian akan timbul penawaran dan permintaan di bursa matawang asing. Setiap negara haruslah menetapkan nilai wangnya masing-masing (nilai adalah perbandingan nilai wangnya terhadap mata wang asing) misalnya 1 dolar Amerika = RM 3.50. Namun perbandingan nilai tukar setiap saat boleh berubah-ubah, tergantung pada kekuatan ekonomi negara masing-masing.

Rasanya untuk lebih jelas lagi hayati soalan di bawah :

Soalan :

Terdapat beberapa kemusykilan yang saya ingin kemukakan.
Apakah hukumnya bagi pelabur yang melabur dalam pasaran wang pertukaran asing (FOREX)? Apakah syarat-syarat yang perlu dipenuhi sebelum melabur supaya pelaburan tersebut sah di sisi syarak?


Jawapan :

Perniagaan atau berjual beli di halalkan oleh Allah. Firman Allah s.w.t. ayat 275 surah al- Baqarah bermaksud "Allah menghalalkan jual beli (berniaga) dan mengharamkan riba" Pelaburan dalam institusi kewangan yang melibatkan riba, judi, penipuan adalah haram. Sekiranya FOREX tidak terlibat dalam perkara di atas, hukumnya halal.


Sumber : http://www.muftiselangor.gov.my/SoalJawabAgama/Muamalat/SoalJawabMuamalat19.htm

0 comments:

Post a Comment